Monday 16 November 2015

GEMPAR..!! Akibat Hujan Lebat Tidak Henti... Negeri Kelantan Dilanda Banjir Besar Lagi.....

Banjir Besar Di Kelantan 2014





pic dr en. google

Setiap hujung tahun, negeri² di Pantai Timur terutamanya Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami musim tengkujuh dan berlaku banjir di sesetengah kawasan. Bagi rakyat Kelantan, mereka sudah biasa dengan keadaan ini. Malahan musim banjir ini dijadikan pesta untuk bermain air.

Selain dikaitkan dengan pesta air, banjir di Kelantan turut mencipta sejarah tersendiri. Jika bercerita pasal banjir di negeri Kelantan pastinya peristiwa bencana Bah Merah takkan lekang dari mulut.  Ia adalah antara cerita lagenda orang-orang tua di Kelantan, tragedi banjir ini diceritakan dari mulut ke mulut, dari  generasi ke generasi. Saya sendiri pernah mendengar kisah bah merah ini daripada datuk & nenek.

Menurut catatan, hujan tanpa henti selama sepuluh hari pada tahun 1926 telah menyebabkan banjir besar yang dikenali sebagai Bah Merah telah melanda kawasan-kawasan di Kelatan. Gelaran Bah Merah diberikan oleh kerana air banjir yang bertukar menjadi warna teh susu. Dikatakan hal ini berpunca daripada bahagian hulu sungai yang runtuh dan menyebabkan air bercampur dengan lumpur.
 
Pic dr en. google
Kira-kira 40 tahun kemudian di penghujung 1967, satu lagi banjir besar melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan meragut 38 nyawa dan kira-kira 537,000 atau 84 peratus penduduknya turut terjejas. Banjir itu dikatakan kurang sedikit berbanding dengan Bah Merah pada tahun 1926. Bagaimanapun, di sesetengah tempat, banjir tahun 1967 dikira lebih besar.
Walau apa jua keadaan, peristiwa bah merah tetap akan diingati terutamanya oleh warga emas di Kelantan. Paling tidak, Bah Merah akan menjadi tanda aras bagi keadaan banjir setiap tahun. 

Pada 2004, banjir besar sekali lagi melanda Kelantan dengan menyaksikan seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan termasuk Gua Musang dan Kuala Krai dinaiki air setinggi lebih dua meter. Banjir itu turut meragut 12 nyawa dan 11,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan kerajaan.

Pic dari en. google
Selepas 10 tahun, Kelantan sekali lagi dilanda ‘Bah Merah’. Ada juga yang menyamakannya sebagai tsunami. Tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat melanda Kelantan tahun ini. Angka rasmi mangsa banjir yang mendiami pusat-pusat pemindahan yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Banjir Kelantan sudah melebihi 150,000 orang.

Namun ini tidak termasuk mereka yang tidak berdaftar, berpindah ke pelbagai tempat yang tidak diwartakan kerajaan seperti di masjid-masjid, rumah-rumah kenalan mahupun masih berada di rumah masing-masing yang tidak ditenggelami sepenuhnya.

Banjir kali ini meliputi seluruh daerah di Kelantan kecuali hanya satu sahaja daerah iaitu Bachok. Yang lain daripada Tumpat hinggalah ke Jeli, semuanya menerima kesan. Kesan paling buruk adalah di Gua Musang dan Kuala Krai. Bahkan bekalan elektrik dan air terputus lebih seminggu di semua daerah ini.

Hujan Itu Dari Allah

Secara semulajadinya, hujan merupakan faktor utama kepada peningkatan jumlah air yang banyak dalam masa yang singkat yang menyebabkan banjir. Dalam Al-Quran banyak ALLAH swt menceritakan tentang hujan. Adakalanya ALLAH swt menurunkan hujan sebagai rahmat dari Nya kepada hambaNya. Namun, adakalanya ALLAH swt menurunkan hujan untuk memberi peringatan kepada hambanya yang melakukan pekara yang dimurkai.

Sememangnya turunnya hujan itu tidak boleh dikawal oleh manusia, tetapi manusia boleh mengawal (menjaga) kawasan tadahan, takungan, saliran atau perparitan agar berada dalam keadaan baik dan bersedia menampung jumlah air hujan dalam keadaan yang biasa. 




Saya terkesan dengan titah Sultan Kelantan di mana baginda menyeru seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia sendiri.

Titah baginda, rakyat perlu bermuhasabah dengan apa yang dilakukan selama ini dan perlu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

"Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.

"Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak," 

"Banjir yang berlaku ini adalah sebahagian daripada qada dan qadar Allah. Hal ini harus diyakini dan diimani," titah baginda.



Tentunya kerosakan yang ditimpa banjir ini sangat besar sekali. Bayangkan betapa sukarnya hendak membina kembali kehidupan selepas bencana ini. Jalan raya yang musnah, rumah ranap, harta benda rosak teruk sangat menyedihkan. Tentu sekali jumlah kerosakan ini sangat besar sekali. Oleh itu, tentu bertahun-tahun pula untuk memulihkan kehidupan menjadi normal.
Pastinya, ujian ini amat sukar bagi mangsa dan ahli keluarga yang terlibat, Sesunguhnya berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul.
Walau bagaimanapun, kita teramat bersyukur kerana masih ramai rakyat Malaysia yang sangat perihatin dengan mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda Negara ini. Mungkin melalui ujian ini ALLAH swt mahu melihat bagaimana kita bersatu dalam membantu mereka-mereka yang di dalam kesusahan.


Daripada pelbagai laporan, bantuan seluruh negara datang mencurah-curah. Seluruh rakyat Malaysia bersatu dengan rela hati menghulurkan bantuan terutamanya kepada mangsa banjir. Ini tanda rakyat Malaysia sangat bersimpati terhadap mereka yang menjadi mangsa banjir itu. Ini sangat mengharukan dan membanggakan! Alangkah baiknya, suasana harmoni seperti ini dikekalkan jauh selepas musim banjir nanti.

Dengan ini, kita dapat melihat semua pihak cuba sedaya upaya untuk membantu. Tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Didoakan semoga semua yang terlibat dengan musibah banjir sentiasa tabah dan sabar kerana di sebalik kesusahan ada kemudahan yang dijanjikan oleh-Nya. Atas dasar keimanan, musibah perlu diterima dengan penuh berlapang dada, bersabar dan bertawakal kepada Allah yang maha kuasa.
FIRMAN Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.
Dalam erti kata lain, setiap musibah yang diturunkan oleh Allah terhadap hambanya mengikut amalan dan tingkat darjat mereka.
Maka setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Ada tiga jenis Musibah iaitu:
1. kafarah,
2. bala dan
3. ibtila’ mengikut amalan dan ketaatan umat Islam.

Musibah kafarah berlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu.

Denda ini diberi oleh Allah kepada hambanya sebagai tebusan dosa kerana dosa yang dilakukan tanpa dirinya menyedari dan tidak diketahui oleh orang lain misalnya bercakap perkara yang menyakitkan hati pendengar walhal dirinya tidak menyedari butir bicaranya menyebabkan orang berkecil hati.

Bagi musibah bala pula, ia adalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.

Misalnya kisah Firaun yang ditenggelamkan dalam Laut Merah dan Qarun yang ditenggelamkan bumi bersama-sama harta karunnya.

Musibah ibtila’ berlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

Marilah kita segera meneropong diri, mohon keampunan daripada Allah, serta memperbaiki langkah-langkah kita, yang mungkin telah banyak membuat kesilapan. Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak.

No comments:

Post a Comment