Thursday, 12 November 2015

Cerita Gembira Buat Peminat Dato Siti Nurhaliza....Sumber Terdekat Sahkan Kandungan Siti Memasuki....




Masih lagi mengenai penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang sejak kebelakangan ini tersebar berita tentang kehamilannya.

Memetik Daripada, sumber terdekat yang juga merupakan ahli keluarga Siti memberitahu kandungan penyanyi itu kini memasuki dua bulan.

Atas faktor itu jugalah dikatakan Siti dan suaminya, Datuk Khalid tidak mendedahkannya kepada umum buat ketika ini.

“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu.

“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.

“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua,” jelas sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut," ujar sumber itu.

Sebelum ini salah seorang anak tiri Siti, Asyraf dikatakan membuka mulut tentang kehamilannya.

Malah Siti juga tidak menghadiri majlis resepsi pernikahan Asyraf di Palembang atas nasihat doktor, selain khabar angin penyanyi Hetty Koes Endang juga dikatakan melarang Siti daripada menari di pentas sambil menunjuk ke arah perutnya semakin menguatkan lagi berita kehamilannya.

Lihat Cerita Seterusnya   DISINI 

No comments:

Post a Comment