Baru-baru gambar anak Lisa Surihani bersama Yusry KRU iaitu Yahaira Leanne telah tersebar luas setelah diambil secara curi-curi.
Gambar Lisa Surihani sekeluarga itu diambil oleh peminatnya dan kemudian tersebar secara meluas di laman sosial ala-ala papparazi.
Ternyata Lisa Surihani tidak senang dengan perkara tersebut. Ini komen Lisa:
Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan.
Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan? Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi.
Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik. Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?
Apapun mungkin Lisa Surihani hanya cuba melindungi anaknya. Memang ada orang yang tak suka expose anaknya, apatah lagi masih kecil.
No comments:
Post a Comment